Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Urus Kewangan guna Expense Manager

Tahu Keluar-Masuk Wang Anda

Salam Syawal.
Syukur sesi berhari-raya kita berlangsung dengan meriahnya, dapat jumpa sanak-saudara sahabat handai di open houses, dapat lepas rindu & kuatkan ikatan silaturrahim. Alhamdulillah.
Seterusnya, agak-agak anda sedar tak berapa total perbelanjaan yang habis sempena raya ni? Jadi, kali ini mari kita kongsi satu lagi amalan basic pengurusan kewangan bulanan & harian, malah tahunan kita.

Kebanyakan kita sekarang pastinya memiliki smartphone kan? so mari kita gunakan teknologi canggih yang ada sebaik mungkin. Kita mulakan dengan install satu aplikasi kewangan yang cukup bagus untuk membantu kita mengetahui ke mana wang kita keluar-masuk setiap hari.

Jom mulakan dengan klik di link di berikut & install:-
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.expensemanager&hl=en
atau boleh juga search Expense Manager di Play Store anda. Mulakan dengan yang free dulu, bila dah biasa & mahu lagi expert, untuk uruskan bisnes mungkin, barulah boleh upgrade kepada yang berbayar. Haaa...jangan membazir!

Expense Manager

Langkah penggunaan Expense Manager adalah seperti berikut:-
1) Perhatikan & cuba fahami setiap functions yang ada - ini semua amat berguna untuk melihat keluar masuk perbelanjaan anda
2) Mulakan dengan bahagian Account - dari mana wang/pendapatan anda masuk, jika ada selain dari gaji tetap. Secara default account yang sudah ada ialah Personal Expense. Katakan jika anda ada side income dari berniaga SMS, masukkan satu account baru dengan nama SMS.
3) Jadi sekarang anda sudah boleh mula dengan memasukkan setiap transaksi wang anda tak kira dari sekecil 20 sen kepada sebesar 20 ribu!
4) Jika anda lihat pada gambar di atas, muka paling depan Expense Manager akan menunjukkan rumusan dari perbelanjaan anda (Account Summary). Di bahagian atas ada Personal Expense | SMS | All
5) di bawah akaun Personal Expense - Katakan gaji anda rm2500, klik pada baris This Month Income dan akan keluar tarikh, pilih tarikh bila gaji anda masuk dan tekan Add, masukkan maklumat yang diperlukan dan OK. Sekarang di muka depan anda akan lihat This Month Income : 2500
6) Katakan anda juga ada rm250 dari pendapatan SMS, buat langkah yang sama dengan no 5) cuma pilih akaun SMS. Selesai Add maka sekarang di muka depan jika anda klik All, anda akan lihat This Month Income : 2750. Jika klik SMS This Month Income : 250
7) Ok sekarang teruskan dengan segala duit keluar harian. Mungkin breakfast RM4.50, Lunch RM7 & Dinner RM9.90. Tambah lagi duit minyak RM50 & tol RM3.10. Masukkan semua di bawah akaun Personal Expense. Di bawah Add, ada satu pilihan Category, anda boleh ubah suai mengikut bagaimana anda mahu kategorikan perbelanjaan anda. Sekarang jika anda lihat summary Today Expense : 74.50
8) Wow! baru perasan dalam sehari boleh habis dekat RM100 kan!? dan sekarang kita tahu mana duit kita habis.

Amat membantu kan? apa yang perlu anda buat ialah, setiap kali duit masuk/keluar je terus Add. Dan setiap hari anda akan dapat lihat berapa lagi duit anda ada, dan berapa sudah dibelanjakan.

Current Balance: (Year To Date Income - Year To Date Expense) --> jumlah wang keseluruhan anda ada
This Month Balance: (This Month Income - This Month Expense) --> baki gaji bulan terkini
This Month Income: jumlah gaji bulan terkini
Year To Date Income: jumlah gaji dari Januari hingga waktu terkini
Year To Date Expense: jumlah perbelanjaan dari Januari hingga waktu terkini

Jika jumlah berwarna hijau, maksudnya anda ada wang.
Jika jumlah berwarna merah, maksudnya anda sudah terlebih belanja! Jaga-jaga!

Setakat ini sahaja dan saya pasti Expense Manager ini akan membantu anda lebih menilai wang anda dengan lebih bijak ^_^ Sebarang pertanyaan, hubungi saya dan dengan hati terbuka saya cuba membantu anda. Anda juga digalakkan share post ini kerana saya yakin kita sama-sama boleh tambah pahala disamping sama membantu agar kita semua lebih bijak kewangan.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: